Followers

SUDI-SUDIKANLAH

Cerpen!!!!

bila boleh hantar cerpen ni??
Agak2 siap x??
yakin Boleh!!

Telah selesai membentangkan proposal latihan ilmiah..
moga2 dapat melakukan penmbahbaikan pada masa hadapan.
Hidup ini satu perjuangan.

Hidup ini Perjuangan

Salam dihulur pembuka bicara,
Jiwa Menyusun sekemasnya tema,
Akal ligat berpadu mengawal suara,
Jemari mula merentak tinta.

Ingin hamba berkongsi suatu idea,
Untuk renungan juga sebagai bahan bicara
Betapa haji sebenarnya ingin berbicara,
hidup penuh pancaroba,
yang tidak ketahuan pangkal kepalanya.

Di sini terletaknya akal dan bijaksana,
untuk terus kekal merencana,
Sesungguhnya hidup ini suatu roda,
juga suatu perjuangan kepada yang berwibawa.

Ingin dikhabarkan juga, kepada sesiapa yang terleka,
masa itu ibarat emas harganya,
tiada menunggu yang anda yang sia-sia,
juga bukan suatu harapan kepada yang berputus asa.

oleh itu wahai saudara semua,
mulalah kita mengatur masa dengan bijaksana,
kerana jika kita gagal merancang dan merencana,
kita merancang dan merencana kegagalan hendaknya.

dengan itu, sudah habislah madah kita,
ingin dikunci dan berdoa,
kepada semua semoga berjaya selalu di dunia dan di sana.

sUATU PAGI YANG mENGERIKAN

Fajar sidik disambut syukur (selalunya)
kerana masih berkesempatan mencuci noda
dalam jiwa yang huru hara
jua dapat mententeramkan jiwa

namun kalbu ku bergelora
resah gelisah tiada terhingga
walau masih di alam raya
tetapi jauh disudut jiwa masih hampa
kerana poster masih tiada rupa!!!!

sedang aku bergelut dengan masa
diang bertarung dengan rasa
ingin disiapkan poster sepenuh jiwa
tetapi masih hampa!!!
Tidakkk!!!!
PADAN MUKA!!!
ITULAH NASIB ORANG YANG BEKERJA DI AKHIR MASA..
jadikan pengajaran di masa muka..

Itulah yang ingin diluahi,
betapa agung Si Tuah dalam sejarahwi
Tidakkah sama dengan bumi tumpah segala inti
dalam membangunkan sejuta ihsan untuk manusiawi??...

Tuah itulah yang dikatakan semangat manusiawi
yang dahagakan segala anugerah yang diberi
sanggup mencari galang ganti
untuk memenuhi hati yang selalu tidak reti
akan rahmat yang diberi..

Jebat pula dilambangkan sebagai bumi
yang selalu memberi tanpa henti
kerana itu yang dipelajari
betapa berkorban itu selalu dituntuti

kerana itu kita sebagai manusia
selalu sahaja membiarkan bumi membinasa
semata-mata untuk membuktikan kegagahan kita
sedang bumi hanya menerima sahaja
perlakuan kita dengan sengaja...

Bumi itulah teman,
namun selalu kita tiada kita endahkan
entah kenapa kita biarkan
akan bumi tempat cari makan
malah dirosakkan dengan sakan

sedang bumi yang berjasa semakin kesakitan..
namun, entah bila kita akan kesedaran
akan bumi yang semakin kepedihan
hanya menunggu masa untuk dikafankan
bilakah Tuah Akan Sedar???
sehingga Melayu dibangunkan???

Salam hakiki pengubat hati
berada di sini untuk bercerita-ceriti
sahaja jua memenuhi diri
sambil jiwa di isi dengan hakikat rasa rendah diri..

Tersebutlah suatu ceriti
dikisahkan orang tidak terperi
betapa istimewa, betapa beruntung dikenali serata negeri
jadi hebohan setiap manusiawi..

Tersohorlah kisah yang dikagumi
terjadi di negeri kita sendiri
betapa agung pahlawan ini
sehingga menjadi inti dalam sejarahwi..

betapa nama itu digeruni
Hang tuah nama dikenali
masyhur sehingga serata negeri
menjadi bualan setiap hari..

Namun, petaka jua menghampiri
Hang Tuah difitnah angkara dengki
betapa malang nasib diri
dibuang jauh ke hujung negeri

apa yang boleh diperikan
membawa nasiblah si dina sendirian
menuju ke hujung negeri tiada dikesalkan
lantaran taatkan perintah sultan..

Jiwa yang perkasa tiada disiakan
untuk kembali menumpahkan kesetiaan
lalu puteri jelita tunangan orang
dilarikan dari Pahang untuk membuktikan ketaatan...

Malang lagi si pahlawan
mamak bendahara masih kedahagaan
lalu si Tuah dijadikan taruhan,
difitnah Tuah bermukah dengan dayang..

Sekali lagi Tuah diusir pergi membawa walang
Si Jebat yang setiakawan
terus marahkan Sultan yang pendek fikiran
lalu diamuk istana sampai sepekan..

namun takdir tidak dapat di ingkari
bertemu mauti di tangan saudara sendiri
namun tanpa kesal diredhai
demi ukhwah sampai mati...

Akhirnya..

Akhirnya, kau menjelma jua,
Mengubat atma yang telah sirna,
Mengusir rasa gulita,
Menghindar kecewa,
Menawar juwita menjadi selesa.

Begitulah dia,
Hadir begitu saja,
tanpa diduga,
membuat hati ria,
dipanggil ilham namanya,
datang membawa rasa,
dalam menyelesaikan gelora,
dalam memilih antara dua tiga.

begitulah ia..
melapang dada dengan satu rona,
dengan hasrat hatiyang melanda,
ingin menyudahkan yang telah bermula..

itulah dia,
suatu anugerah tidak terduga,
Apabila Melayu Bertitah jua....

KETERASINGAN.............

Keterasingan menerbitkan sayu..
Keterasingan menumpahkan haru
Keterasingan melahirkan sendu..
Keterasingan itu juga wahyu..
Keterasingan itu jualah satu rayu..

Namun keterasingan juga mengubat jiwa
Keterasingan jua yang melimpahi deria buat kita..
Keterasingan itu ibarat bahasa
Bahasa yang hanya difahami oleh jiwa yang lara.
Juga, keterasingan jualah ratu jiwa yang kelabu..

6 September 2009

Hang Tuah, Hang Tuah, Hang Tuah.......
jikalau benar Hang Tuah setia, ke manakah menghilang,
jikalau benar Hang Tuah gagah, kenapa Melaka punah,
jikalau benar Hang Tuah pintar, kok dihukum bunuh,
jikalau benar Hang Tuah santun, bagaimana keris Taming Sari bertukar tangan,
jikalau benar Hang Tuah ikhlas, mengapa jebat terkorban,
jikalau benar Hang Tuah sopan, kenapa Tun Teja dibawa dalam kelambu tujuh lapis,
mengapa Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia??
Melayu yang bagaimana Hang Tuah????

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam pembuka bicara, penerus tinta jiwa..
Sebagai seorang pelajar yang baru belajar, saya mengakui kehidupan ini sangat indah dan ajaib. Terutamanya ketika melayari kehidupan bergelar seorang mahasiswi dan seorang muslimah. Adalah suatu nikmat apabila kita melayari kehidupan dalam suasana yang padat dengan aktiviti, yang mampat dengan segala tugasan, yang penuh dengan penerokaan dan yang paling istimewa ialah belajar menjadi seorang Melayu. Bukankah Hang Tuah pernah berkata 'takkan Melayu hilang di dunia". Oleh itu, sebagai seorang yang dilahirkan sebagai Melayu, hasrat di hati sedaya upaya untuk terus membenarkan perkataan panglima melayu yang tersohor tersebut.
Sebab itulah saya berusaha belajar untuk menjadi seorang melayu. insyaallaah..

Dengan mencontohi Hang Tuah jugalah saya berazam belajar bahasa Mandarin. Tetapi apalah yang ingin dibanggakan, sedangkan panglima tersebut tahu berbahasa dalam 18 bahasa dengan fasih. Sebab itulah Baginda Sultan Melaka mengirimkan Hang Tuah ke China untuk menjalinkan persahabatAn dengan maharaja tersebut. Itu antara tugas panglima. Namun, sesungguhnya keistimewaan beliau masih banyak lagi.Nantilah apabila sudah penuh ilmu di dada, kita akan berbicara lagi mengenai panglima Melayu yang tersohor ini. Insyaallah..